Ditahan polis gara-gara tertidur dengan burger di dada - Utusan Malaysia

Ditahan polis gara-gara tertidur dengan burger di dada

CAROLINE Fahny ditahan polis ketika berada di dalam kereta berhampiran restoran McDonald's di Birmingham.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Seorang wanita didenda oleh polis Birmingham kerana mabuk melebihi tahap dan tertidur di luar restoran McDonald’s dengan burger terletak di dadanya.

Lapor Mirror.uk, Caroline Fahy didapati mabuk selepas tahap alkoholnya hampir empat kali ganda had yang dibenarkan ketika pegawai polis menahannya di dalam kereta Nissan Juke selepas dia melawat cawangan makanan segera itu.

Wanita berusia 44 tahun dari Erdington itu mendakwa dia hanya mengambil beberapa cawan vodka pada malam sebelumnya.

Polis menerima laporan daripada orang awam yang khuatir melihat keadaan Fahny seperti tidak sedarkan diri tanpa sempat menjamah hidangannya di dalam kenderaan miliknya selepas membuat pesanan melalui kaunter pandu lalu di restoran McDonald’s sebelum itu.

“Pegawai tiba dan bercakap dengan wanita itu. Mereka mendapati bau alkohol yang kuat. Dia benar-benar kecewa, beremosi dan tidak dapat bercakap dengan jelas seperti berkhayal ketika disoal pegawai polis.

“Ketika itu Fahny sedang tidur di bahagian kerusi pemandu. Anggota polis terpaksa mengejutkannya. Terdapat burger McDonald’s yang belum dijamah di dadanya ketika itu,” kata Pendakwa Raya Shahid Rahman.

Fahny sepatutnya hadir di mahkamah Jumaat lalu untuk perbicaraan tetapi gagal berbuat demikian dan didapati bersalah semasa ketiadaannya.

Shahid menegaskan Fahny didakwa kerana mabuk menjaga kenderaan bermotor dan bukannya memandu dalam keadaan mabuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN