Digigit sang buaya ketika redah banjir - Utusan Malaysia

Digigit sang buaya ketika redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang remaja digigit buaya di sebuah komuniti terpencil yang dilanda banjir di Wilayah Utara Australia.

Pihak berkuasa berkata, budak lelaki itu mengalami luka kecil di kakinya dan dirawat di klinik tempatan.

Menteri Kerajaan Tempatan, Chancey Paech menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan buaya yang terlepas dari sungai yang melimpah akibat hujan lebat.

“Penduduk perlu lebih cakna dan sentiasa berjaga-jaga. Apabila tebing sungai runtuh, pasti akan ada buaya yang berkeliaran ada mana-mana,” katanya.

Pasukan Pertahanan Australia dikerahkan ke kawasan itu bagi membantu memindahkan orang ramai yang terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air.

Paech berkata, kira-kira 700 orang termasuk 35 dengan keperluan perubatan diterbangkan keluar dari Kalkarindji, kira-kira 770 kilometer ke selatan Darwin, selepas air Sungai Victoria melimpah melepasi tebing.

“Pertahanan Australia telah memberi kami  dua pesawat C130 dan satu C27 dan mereka sedang berusaha untuk menerbangkan mangsa yang dipindahkan ke Katherine,” tulisnya di laman Twitter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ditempatkan di bekas kemudahan kuarantin Covid-19 dan Howard Springs di mana kanak-kanak boleh menghadiri sesi persekolahan seperti biasa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya