6 termasuk gabenor maut ditembak di Filipina

6 termasuk gabenor maut ditembak di Filipina

GABENOR wilayah Negros Oriental, Roel Degamo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang gabenor wilayah di tengah Filipina dan lima lagi individu yang lain maut ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata, dalam serangan terbaharu ke atas ahli politik tempatan di negara itu.

Menurut polis, enam suspek yang membawa senapang dan berpakaian seragam sama seperti anggota pasukan keselamatan memasuki rumah gabenor wilayah Negros Oriental, Roel Degamo di bandar Pamplona dan melepaskan tembakan rambang.

Balu Role Degamo iaitu Janice Degamo berkata, suaminya dan lima individu lain terbunuh dalam kejadian tembakan itu.

“Mendiang tidak sepatutnya ditembak mati seperti itu. Beliau sedang berkhidmat kepada pengundi pada hari ini,” kata Janice yang juga Datuk Bandar Pamplona dalam satu video disiarkan di Facebook.

Dalam pada itu, jurucakap polis wilayah, Kym Lopez berkata, Role sedang menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasannya ketika beliau ditembak.

Katanya, polis kini sedang mengesan keberadaan 10 suspek termasuk enam lelaki bersenjata yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan di bandar berhampiran.

Sementara itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang disifatkannya sebagai `pembunuhan’ sekutu politiknya.

Malah, beliau memberi amaran kepada pihak yang melakukannya untuk `menyerah diri’ sebagai tindakan terbaik.

“Kerajaan tidak akan berhenti sehingga pelaku jenayah keji itu diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Dilaporkan, keadaan empat orang lagi yang ditembak dalam kejadian itu tidak didedahkan setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.