11 maut, ratusan cedera gempa bumi 6.5 magnitud landa

11 maut, ratusan cedera gempa bumi 6.5 magnitud landa Afghanistan dan Pakistan

ORANG ramai keluar dari sebuah restoran selepas gegaran dirasai di Lahore, Pakistan. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan ratusan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda seluruh Afghanistan dan Pakistan dengan gegaran dirasai sehingga ke ibu negara India, New Delhi.

Lapor Al Jazeera, kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa bumi berada di 40 kilometer (km) tenggara bandar Jurm di Afghanistan berhampiran sempadan dengan Pakistan dan Tajikistan.

Secara berasingan, Jabatan Meteorologi Pakistan meletakkan magnitud lebih tinggi sedikit iaitu pada 6.8 magnitud dan kemudian melaporkan gegaran susulan 3.7 magnitud di wilayah Hindu Kush di sepanjang sempadan negara itu dengan Afghanistan.

Jurucakap Perkhidmatan Rescue 1122 Pakistan, Bilal Faizi memberitahu, sembilan orang terbunuh apabila bumbung runtuh di pelbagai bahagian barat laut Pakistan.

“Seorang gadis berusia 10 tahun di Swat dan seorang lelaki berusia 24 tahun di Lower Dir meninggal dunia apabila dinding rumah mereka runtuh,” kata Bilal kepada Al Jazeera.

Menurut Bilal, tanah runtuh menyebabkan kerosakan di daerah Swat, 180km barat laut ibu kota Islamabad.

“Lebih 20 bangunan mengalami kerosakan akibat renjatan dan berpuluh-puluh orang cedera,” katanya.

Hospital di Lembah Swat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa merawat sekurang-kurangnya 250 pesakit, 15 daripadanya mengalami kecederaan ringan dan lebih 200 tidak sedarkan diri.

Seramai 52 orang cedera di bahagian lain wilayah itu, kata pegawai.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif meminta pegawai pengurusan bencana negara itu supaya terus berwaspada selepas gempa bumi itu.

Di Afghanistan, jurucakap Taliban yang dilantik untuk kementerian kesihatan awam, Sharafat Zaman Amar memberitahu AP bahawa, setakat ini, sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera dalam gempa bumi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.