Ustazah Lombok tular kahwini jejaka Belgium

Ustazah Lombok tular kahwini jejaka Belgium

KISAH perkahwinan Mauni dan Jawad tular di media sosial baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Kisah seorang ustazah berasal dari Lombok yang menikahi jejaka warga Belgium selepas berkenalan melalui aplikasi janji temu dalam talian mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Sebuah video mengisahkan kisah pertemuan ustazah bernama Mauni bersama suaminya dikenali sebagai Jawad dikongsi oleh @lombokdokumen di laman TikTok hingga tular di media sosial.

Pasangan tersebut dilaporkan berkenalan dalam sebuah laman mencari pasangan sejak Disember tahun lalu sebelum kedua-duanya saling bertukar nombor untuk berhubungan di aplikasi WhatsApp.

Perkenalan mereka menjadi semakin serius apabila Jawad meluahkan perasaannya terhadap Mauni namun wanita itu mulanya menolak kerana tidak begitu yakin bahawa pemuda itu adalah jodohnya.

“Kami berkenalan pada Disember 2022 melalui aplikasi Muslimah.com dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di situ.

“Pada mulanya, saya tolak cintanya hingga dia menghantar pesanan suara menyatakan perasaannya kepada saya kerana saya adalah perempuan yang solehah dan berpegang kepada Al-quran,” ujar Mauni.

Mauni mengakui melakukan solat istikharah sebanyak tujuh kali untuk meyakinkan dirinya bahawa lelaki berdarah Belgium itu benar-benar jodohnya.

“Semasa dia melamar saya, dia kata nak jadi suami saya dan mahu menunaikan haji bersama-sama.

“Saya merasakan itu adalah jawapan daripada Allah kerana ketika mengerjakan ibadah umrah sebelum ini, saya memohon doa untuk kembali semula bersama pasangan semasa menunaikan haji,” kata Mauni.

Pasangan itu dilaporkan berkahwin dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Lombok.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN