Thailand edar 95 juta kondom percuma bendung penyakit kelamin - Utusan Malaysia

Thailand edar 95 juta kondom percuma bendung penyakit kelamin

THAILAND menyaksikan peningkatan kes masalah penyakit kelamin sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand mengedarkan sebanyak 95 juta kondom secara percuma bagi membendung masalah penyakit kelamin (STD) dan kehamilan bawah umur dalam kalangan rakyat di negara itu.

Lapor Bloomberg, langkah itu bagi mempromosikan kepada penduduk negara itu melakukan hubungan intim secara selamat menjelang Hari Kekasih.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek, pemegang kad penjagaan kesihatan sejagat layak menerima sebanyak 10 kondom seminggu selama setahun, berkuat kuasa hari ini.

Jelas Rachada, kondom itu tersedia dalam empat saiz dan boleh didapati dari farmasi dan pusat penjagaan primer hospital di seluruh negara.

“Kempen untuk mengedarkan kondom percuma kepada pemegang kad emas akan membantu mencegah penyakit dan menggalakkan kesihatan awam.

“Malah, antara penyakit mahu dicegah oleh kerajaan adalah sifilis, kanser servik, gonorrhea, klamidia dan AIDS,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan data rasmi, Thailand menyaksikan peningkatan dalam STD sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan sifilis dan gonorrhea menyumbang lebih separuh daripada jumlah kes dilaporkan pada 2021. 

Data menunjukkan kumpulan umur yang paling terjejas adalah individu berusia antara 15 sehingga 19 tahun dan 20 hingga 24 tahun.

Kira-kira 50 juta daripada hampir 70 juta rakyat Thailand mendaftar dalam skim penjagaan kesihatan sejagat kerajaan, yang juga dikenali sebagai kad emas.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya