TERKINI: Operasi menyelamat berakhir di Turkiye malam ini, angka korban 46,000 - Utusan Malaysia

TERKINI: Operasi menyelamat berakhir di Turkiye malam ini, angka korban 46,000

SEORANG wanita berdiri di atas runtuhan bangunan ketika mencari ahli keluarganya yang masih belum ditemukan di Hatay, Turkiye. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi dijangka ditamatkan di seluruh wilayah Turkiye malam ini.

Lapor Al Jazeera, Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye, (AFAD) Yunis Sezar mengesahkan perkara itu.

Yunis berkata, operasi berkenaan sudah ditamatkan di kebanyakan wilayah selepas hampir dua minggu tragedi berkenaan.

“Jumlah kematian akibat gempa bumi meningkat kepada 40,642 di Turkiye dan kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tersepit di bawah runtuhan berakhir di kebanyakan wilayah.

“Kami percaya kami akan menamatkan operasi mencari dan menyelamat malam esok,” katanya dalam sidang akhbar.

Setakat ini, 40,642 kematian dilaporkan di Turkiye dan lebih 5,800 di Syria.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 26 juta orang di seluruh Turki dan Syria memerlukan bantuan kemanusiaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya