TERKINI: Misi bantuan Turkiye: Presiden Taiwan sumbang sebulan gaji - Utusan Malaysia

TERKINI: Misi bantuan Turkiye: Presiden Taiwan sumbang sebulan gaji

TSAI ING-WEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan Naib Presidennya, William Lai masing-masing akan menyumbang sebulan gaji bagi membantu mangsa gempa bumi Turkiye.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Presiden Taiwan dalam satu kenyataan.

Lapor Al Jazeera, menurut kenyataan itu, usaha itu menambah bantuan sedia ada Taiwan yang sudah dihantar ke negara terjejas itu.

“Tsai dan Lai berharap dapat memainkan peranan membantu Turkiye membina semula tanah air dengan secepat mungkin,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, pemimpin itu dijangka bertanding bagi jawatan presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan tahun depan.

Sebelum ini, Tsai dan Lai pernah menyumbang gaji sebulan mereka untuk membantu misi kemanusiaan di Ukraine yang dilanda perang.

Turkiye antara beberapa negara lain tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan yang dituntut China.

Namun, kedua-dua negara itu mengekalkan kedutaan de facto di ibu negara masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya