TERKINI: Bantuan kemanusiaan tersekat di Turkiye, Syria - Utusan Malaysia

TERKINI: Bantuan kemanusiaan tersekat di Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Satu-satunya lintasan sempadan yang digunakan untuk menghantar bantuan dan misi menyelamat dari Turkiye ke Syria yang dilanda konflik dilaporkan rosak teruk akibat gempa bumi, menghalang bantuan disalur merentasi sempadan.

Jurucakap Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), Jens Laerke berkata, operasi rentas sempadan terjejas menyebabkan bantuan sukar disalurkan ke Syria.

“Bantuan kemanusiaan di kawasan yang dikuasai pemberontak biasanya tiba melalui Turkiye menggunakan mekanisme rentas sempadan yang diwujudkan pada 2014 oleh resolusi Majlis Keselamatan PBB.

“Namun ia dipertandingkan oleh Damsyik dan sekutunya Moscow, dan dari masa ke masa bilangan titik lintasan telah dikurangkan daripada empat kepada hanya satu.

“Masalah bertambah buruk kini apabila kawasan yang kini mengelilingi satu-satunya lintasan sempadan itu telah mengalami kerosakan infrastruktur yang ketara,” katanya.

Jelas Laerke, Syria berdepan waktu kritikal untuk membawa pasukan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin kerana mangsa yang terselamat biasanya ditemui dalam tempoh tujuh hari pertama bencana.

“Terdapat tempoh kira-kira tujuh hari apabila mangsa yang terselamat biasanya ditemui justeru adalah waktu yang sangat kritikal untuk membawa pasukan kepada mereka yang memerlukan seberapa segera.

“Adalah penting bagi semua orang melihatnya sebagai krisis kemanusiaan di mana nyawa menjadi taruhan. Tolong jangan politikkan perkara ini. Mari kita sampaikan bantuan kepada orang yang sangat memerlukannya,” tegasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya