TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria lebih 36,000, Presiden Syria

TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria lebih 36,000, Presiden Syria buka sempadan 3 bulan

SEKUMPULAN wanita menangis berikutan ramai ahli keluarga mereka belum ditemukan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pasukan penyelamat dilaporkan terus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terselamat dari runtuhan di Turkiye dan Syria.

Lapor Al Jazeera, ketika ini, jumlah kematian akibat gempa bumi kuat sejak minggu lalu mencecah 36,000 orang.

Gempa bumi itu membunuh sekurang-kurangnya 31,643 orang di Turkiye dan 4,614 orang di Syria.

Dilaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad bersetuju membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar bantuan ke Syria melalui dua lagi lintasan sempadan dari Turkiye selama tiga bulan.

Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths memberitahu, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB dengan Bashar secara tertutup.

Griffiths berkata, usaha menyelamat akan berakhir dan dunia setakat ini mengecam PBB kerana dikatakan mengecewakan penduduk di barat laut Syria.

Terdahulu, PBB berkata, sehingga kini, 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi.

Malah, hampir 900,000 orang sangat memerlukan makanan panas di Turkiye dan Syria.

Di Syria, bantuan dari wilayah yang dikuasai kerajaan akan ditahan jika ke wilayah yang dikawal pemberontak iaitu kumpulan bersenjata Hay’et Tahrir al-Sham, menurut PBB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya