TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 34,000, penyelamat Israel pulang dakwa diancam - Utusan Malaysia

TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 34,000, penyelamat Israel pulang dakwa diancam

GAMBAR menunjukkan keadaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye, hari ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Lebih 34,000 orang terbunuh dan puluhan ribu lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda Turkiye dan Syria pada Isnin lalu.

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan selepas 147 jam di bawah runtuhan.

Kisah itu menjadi siri kisah kejayaan yang ‘mengerikan’ ketika penyelamat-penyelamat lain di Turkiye terus mencari mangsa yang terselamat.

Bagaimanapun, kumpulan mencari dan menyelamat Israel, United Hatzalah dikatakan terpaksa meninggalkan Turkiye selepas enam hari kerana mendakwa terdapat ancaman keselamatan yang ketara buat mereka.

Organisasi sukarelawan Syria, White Helmets sudah pun menghentikan usaha menyelamat di kawasan yang dikuasai pemberontak di barat laut Syria.

Mereka mendakwa, tiada lagi mangsa berpotensi untuk hidup di Syria selepas 109 jam.

Usaha bantuan di sana juga menjadi rumit berikutan perang saudara yang berlarutan sekian lama.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN