Tepehan, Turkiye terbahagi dua kesan gempa bumi

Tepehan, Turkiye terbahagi dua kesan gempa bumi

NGARAI yang terbentuk membelah kampung Tepehan lebih daripada 1.6 kilometer panjang dengan lebar hampir 274.3 meter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEPEHAN: Kesan gempa bumi mewujudkan bentuk muka bumi baharu iaitu sebuah ngarai di dalam ladang zaitun di Turkiye dengan kedalaman kira-kira lebih daripada 39.6 meter, lebar 274.3 meter dan panjang lebih daripada 1.6 kilometer.

Gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud itu benar-benar membelah kampung Tepehan kepada dua.

Ahli geologi memberitahu CNN bahawa kegagalan jisim batu bukanlah fenomena yang luar biasa, tetapi sesuatu pada skala ini merupakan sesuatu yang belum pernah dilihat dalam hidup mereka.

Walaupun tiada siapa yang cedera di perkampungan pergunungan itu, penduduk bagaimanapun tetap berasa takut dan panik, malah ramai yang mengambil keputusan untuk tidur di luar rumah.

Pada Isnin lalu, dua lagi gempa bumi melanda berukuran 6.4 dan 5.8 magnitud dengan pusat gempa di daerah Defne di wilayah Hatay di Turki.

Gegaran dikatakan turut dirasai di Jordan, Cyprus, Israel, Lubnan dan Mesir.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, 26 juta orang di seluruh Turkiye dan Syria memerlukan bantuan kemanusiaan segera.

Di Turkiye sahaja, dianggarkan sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal dan 80,000 orang kini berada di hospital.

Jumlah kematian kini lebih 47,000 orang dengan 42,310 maut di Turkiye manakala di seberang sempadan di barat laut Syria, jumlah kematian hampir 5,000 orang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya