Taufan Gabrielle landa NZ, beribu rumah terputus bekalan elektrik

Taufan Gabrielle landa NZ, beribu rumah terputus bekalan elektrik

SERPIHAN kayu yang dibawa daripada Taufan Gabrielle di Pantai Orewa, utara Auckland.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Beribu-ribu rumah di New Zealand terputus bekalan elektrik dan 509 penerbangan terpaksa dihentikan apabila ribut tropika, Taufan Gabrielle melanda utara negara itu.

Kira-kira 58,000 orang di Pulau Utara New Zealand bergelap dan kediaman mereka tidak mempunyai tenaga elektrik.

Angin berkelajuan 140 kilometer sejam dilaporkan membadai wilayah Northland manakala Jambatan Pelabuhan Auckland digegarkan tiupan 110 kilometer sejam.

Cuaca juga mendatangkan malapetaka pada rangkaian perjalanan New Zealand, dengan penerbangan, kereta api dan jadual bas terjejas teruk.

Air New Zealand berkata, mereka setakat ini sudah membatalkan 509 penerbangan, tetapi perkhidmatan biasa dijangka disambung semula esok.

Syarikat penerbangan itu berkata, seramai 10,000 pelanggan antarabangsa terganggu perjalanan mereka dengan 6,500 tiket terpaksa ditempah semula.

Menteri Pengurusan Kecemasan, Kieran McAnulty berkata, ia menjadi waktu kritikal untuk negara berikutan gabungan angin kencang dan hujan lebat yang sangat berbahaya.

McAnulty berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat negara untuk kali ketiga, bagaimanapun berpendapat ia tidak perlu pada waktu ini.

“Selagi cuaca terus teruk seperti sekarang, ia sebenarnya tidak selamat untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan di rangkaian elektrik, kata McAnulty.

Terbaharu, kerajaan New Zealand mengumumkan pakej sokongan komuniti bernilai AS$11.5 juta (RM50.1 juta) untuk membantu mereka yang terjejas akibat ribut tropika itu.

Menteri Pembangunan Sosial dan Pekerjaan, Carmel Sepuloni berkata, setakat ini, permintaan melebihi pembiayaan yang tersedia untuk organisasi dan kumpulan masyarakat.

Di bawah pakej sokongan yang dicadangkan, AS$4 juta (RM17.43 juta) akan diberikan kepada para pembekal untuk memastikan mereka dapat memenuhi peningkatan permintaan dan menyokong kesejahteraan kakitangan dan sukarelawan.

AS$1 juta (RM4.357 juta) lagi untuk menambah stok di bank makanan yang sedang mengalami permintaan tinggi.

Sebanyak AS$2 (RM 8.714) juta lagi geran akan disediakan untuk kumpulan komuniti untuk menyokong tindak balas banjir dan peruntukan sebanyak AS$4 juta (RM17.43 juta) untuk menyokong Auckland dan usaha tindak balas banjir wilayah yang terkesan.

Walaupun ribut itu lemah daripada status taufan sebelum ini, ia mampu menumbangkan pokok, jalan raya rosak dan talian elektrik tumbang.

Darurat turut diisytiharkan di lima wilayah utara termasuk Auckland.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.