Tapak kaki dinosaur gergasi ditemukan di pantai Yorkshire

Tapak kaki dinosaur gergasi ditemukan di pantai Yorkshire

TAPAK kaki dinosaur yang ditinggalkan 166 juta tahun lalu ditemukan di pantai Yorkshire, United Kingdom (UK). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesan tapak kaki dinosaur yang dipercayai hidup kira-kira 166 juta tahun lalu, ditemukan di Yorkshire, United Kingdom (UK).

Lapor CNN, jejak reptilia gergasi yang memecahkan rekod itu, ditemukan di sepanjang pantai Yorkshire.

Kesan tapak kaki yang berukuran hampir semeter panjang, adalah terbesar seumpamanya ditemukan di daerah Yorkshire.

Dilaporkan, ribuan tapak kaki dinosaur dan fosil ditemukan selama bertahun-tahun di sepanjang pantai Yorkshire.

Namun, bekas tapak kaki dinosaur dari era Jurassic itu ditemukan oleh ahli arkeologi tempatan, Marie Woods ketika sedang berjalan di sepanjang pantai pada April 2021.

“Pada mulanya, saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya temukan di kawasan itu sehingga terpaksa melihat semula.

“Saya pernah melihat beberapa jejak yang lebih kecil namun tidak sebesar ini,” katanya dalam kenyataan.

Woods yang juga pengarang bersama kajian fosil dinosaur berkata, dia turut mendapatkan pandangan ahli paleontologi Dr. Dean Lomax mengenai penemuan jejak tersebut di Teluk Burniston, kira-kira lima kilometer (km) di utara Scarborough.

Malah, katanya, sehari sebelum penemuannya, Lomax turut berkongsi gambar tapak kaki dinosaur yang ditemukan di kawasan yang sama pada tahun 2006.

Dilaporkan, kesan tapak kaki dinosaur berjari tiga adalah satu daripada enam yang ditemukan di kawasan tersebut.

Bekas tapak kaki dinosaur yang pertama ditemukan pada tahun 1934.

Sementara itu, pengarang kajian dan ahli geologi, John Hudson berkata, penemuan penting itu menambahkan lagi bukti bahawa reptilia gergasi berkenaan pernah berkeliaran di kawasan tersebut semasa zaman Jurassic.

Penemuan tapak kaki dinosaur gergasi itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the Yorkshire Geological Society.

Caption pixs: TAPAK kaki dinosaur yang ditinggalkan 166 juta tahun lalu ditemukan di pantai Yorkshire, United Kingdom (UK). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya