Sengaja rempuh tiang demi tuntutan insurans - Utusan Malaysia

Sengaja rempuh tiang demi tuntutan insurans

GAMBAR menunjukkan kereta rasmi kerajaan yang dirosakkan oleh Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Padang Panjang. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tular dalam media sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta rasmi kerajaan berwarna merah merempuh tiang bangunan secara tidak sengaja. 

Lapor detik.com, kereta rasmi itu didakwa sengaja dirosakkan supaya tuntutan insurans boleh dibuat, walaupun tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa pengangkutan.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Padang Panjang, Albert Dewitra dilaporkan menggunakan kereta rasmi berkenaan.

Berikutan kekecohan itu, Datuk Bandar Padang Panjang, Fadly Amran memohon maaf kepada orang ramai yang berasa terganggu dengan video yang tular berkenaan.

Setiausaha Wilayah Padang Panjang, Sonny Budaya Putra berkata, pemandu terbabit dilihat sengaja merosakkan kereta rasmi kerajaan,  BA 35 N yang berkaitan tuntutan insurans supaya kenderaan itu boleh dibaiki sepenuhnya.

Susulan kejadian vandalisme kereta rasmi kerajaan itu, Albert dikatakan dipindahkan tempat kerja.

Kereta tersebut ternyata merupakan salah satu kenderaan rasmi Kerajaan Bandaraya Padang Panjang yang tidak diinsuranskan.

Kenderaan itu tidak diinsuranskan kerana wujud dakwaan berlaku masalah kewangan serantau bagi pengendalian Covid-19 di Kota Padang Panjang.

Pada waktu ini, kereta jenis pikap rasmi yang rosak itu dibawa ke garaj mengikut peraturan yang dikenakan. 

Sementara itu, semua kos pembaikan ditanggung oleh orang yang bertanggungjawab terhadap pengguna kenderaan rasmi iaitu Albert sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.