Sembilan nelayan hilang bot karam di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Sembilan nelayan hilang bot karam di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sembilan nelayan hilang selepas bot mereka karam di kawasan perairan barat daya Korea Selatan semalam.

Pengawal pantai berkata, tiga anak kapal diselamatkan oleh sebuah kapal komersial di perairan berhampiran pulau Daebichi di daerah laut Sinan.

Mangsa yang terselamat memaklumkan, bilik enjin bot itu telah dipenuhi air dengan cepat sebelum kapal seberat 24 tan itu terbalik.

Kementerian Dalam Negeri berkata, tujuh daripada mangsa yang hilang adalah warga Korea Selatan dan dua lagi merupakan warga asing namun tidak dapat dipastikan kewarganegaraan mereka.

Lebih 30 kapal pengawal pantai dan sekurang-kurangnya lapan pesawat tentera terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan sejak awal pagi tadi.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk- yeol menggesa pegawai untuk menggerakkan semua sumber yang ada untuk meluaskan pencarian dan memberikan sokongan kepada keluarga nelayan yang hilang.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya