Saman rakan RM7.4 juta kerana cinta ditolak - Utusan Malaysia

Saman rakan RM7.4 juta kerana cinta ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura yang bertindak menyaman kenalan wanitanya selepas kecewa cintanya ditolak dan merasa tertekan apabila mengetahui dia hanya dianggap sebagai kawan biasa oleh wanita itu.

Lapor Oddity Central, Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kawshigan bertemu dengan seorang wanita dikenali sebagai Tan pada tahun 2016 dan kemudian mereka mula berkawan. 

Pergeseran tercetus sekitar tahun 2020, apabila Kawashigan mengaku mahu menjadi lebih daripada kawan namun Tan sebaliknya meminta lelaki itu menghormati sempadan masing-masing dan mahu mengurangkan kekerapan interaksi antara mereka.

Sebagai tindak balas, Kawshigan menghantar surat mengancam untuk menyaman wanita berkenaan atas alasan mengalami trauma emosi dan kemungkinan fitnah.

Selepas Tan cuba berbincang dan bersetuju menemani lelaki itu menghadiri sesi kaunseling, Kawshigan malah menggandakan ancamannya dan mula mengganggu wanita itu dengan mesej dan panggilan telefon.

Tan tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding gangguan terhadap Kawashigan pada April 2022 dan menjelang pertengahan Mei tahun lalu, dia menghentikan semua komunikasi kerana tidak tahan dengan gangguan berterusan lelaki itu yang menuntut mereka meluangkan lebih banyak masa bersama.

Namun pada 7 Julai tahun lalu, Kawshigan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi mendakwa disebabkan kecuaian dan kenyataan Tan, dia mengalami trauma emosi, terpaksa menjalani program pemulihan, serta kerugian dalam kapasiti pendapatan dan perkongsian perniagaan.

Sebulan kemudian, Kawshigan memfailkan tuntutan di Mahkamah Majistret, mendakwa Tan melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka tetapi seorang Hakim Singapura menolak kes itu kerana didapati menyalahgunakan proses mahkamah.

Bagaimanapun, kes yang difailkan Kawashigan di Mahkamah Tinggi yang turut menuntut pampasan hampir 2.3 juta dolar Singapura (RM7.4 juta) ditetapkan untuk proses pra-perbicaraan pada 9 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya