Rumah mewah dijadikan kandang lembu - Utusan Malaysia

Rumah mewah dijadikan kandang lembu

VIDEO memaparkan rumah mewah dipenuhi lembu, menjadi tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah kediaman mewah yang terletak di Bangkalan, Madura mencuri tumpuan ramai di laman media sosial selepas rumah itu dijadikan sebagai kandang lembu.

Lapor wolipop.detik.com, rakaman video menampilkan rumah mewah dijadikan kandang lembu itu, menjadi tular selepas dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @leonardyoriko.

Video berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kediaman setingkat gaya konsep klasik itu, mempunyai halaman luar rumah yang begitu luas.

Dalam video tersebut, seorang lelaki sedang menunjukkan ruang dalaman rumah yang didakwa milik `sultan’ Madura.

“Baru sehari melawat Madura, saya tak habis-habis mengagumi rumah mewah yang terletak di kawasan ini.

“Apa yang mengejutkan adalah kediaman besar ini dipenuhi dengan lembu,” katanya dalam video itu. 

Video itu turut menunjukkan beberapa anak lembu berkeliaran di dalam rumah mewah yang bernilai berbilion Rupiah.

Kemunculan haiwan peliharaan di dalam kediaman mewah itu turut membuatkan warganet berasa hairan dengan tindakan pemilik rumah tersebut.

Video yang dimuat naik oleh leonardyoriko memperoleh lebih 1.1 juta tontonan dan 29,200 tanda suka.

Sebahagian besar warganet terkejut melihat rumah mewah yang dipenuhi dengan lembu, dengan rakaman video mengundang pelbagai reaksi.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya