Polis siasat juruterapi kepit kepala kanak-kanak autisme - Utusan Malaysia

Polis siasat juruterapi kepit kepala kanak-kanak autisme

GAMBAR tular menunjukkan seorang juruterapi bertindak kasar kepada pesakit autisme ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Depok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan polis sedang menyiasat kes seorang juruterapi yang bertindak kasar mengepit kepala seorang kanak-kanak menggunakan kaki ketika mangsa mendapatkan rawatan akibat masalah autisme di sebuah pusat perubatan di Depok baru-baru ini. 

Menurut laporan Kompas.com, rakaman video yang dimuat naik di sebuah laman Instagram menunjukkan suspek melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai penderaan hingga tular dan mendapat perhatian ramai.

Ketua Polis Metro Depok, Ahmad Fuady berkata, kejadian itu berlaku di Hospital Hermina Depok pada Selasa lalu sekitar waktu tengahari.

Difahamkan, mangsa yang menghidap penyakit Gangguan Spektrum Autisme (ASD) tiba di hospital berkenaan untuk menjalani terapi pertuturan.

Bagaimanapun, suspek sebaliknya melakukan perkara yang menyalahi tugasnya ketika memberikan terapi kepada mangsa yang baru berusia dua tahun.

“Ibu mangsa mahu mendapatkan terapi pertuturan untuk anaknya di hospital berkenaan tetapi juruterapi itu malah sibuk bermain telefon pintar dan tidak mengendahkan kanak-kanak itu.

“Suspek kemudian mengepit kepala mangsa sehingga kanak-kanak itu menangis dan meronta dengan begitu kuat tetapi suspek tidak merasa bersalah dengan perbuatannya kepada mangsa,” kata Ahmad.

Menurut Ahmad, polis sudah berhubung dengan pihak hospital berkenaan serta keluarga mangsa dan kini sedang meneliti kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN