Perancis berdepan protes ketiga isu pencen - Utusan Malaysia

Perancis berdepan protes ketiga isu pencen

PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera kesatuan sekerja semasa protes rombakan pencen di Lille di utara Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis bakal berdepan mogok baharu dan demonstrasi besar-besaran bagi menentang isu rombakan pencen sehingga ke usia 64 tahun, sehari selepas ahli-ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang yang menjadi pertikaian itu.

Presiden, Emmanuel Macron menjadikan pembaharuan itu sebagai nadi kempen pemilihan semulanya tahun lalu dan bertekad untuk melaksanakannya walaupun mendapat tentangan hebat daripada politik berhaluan kiri, kesatuan sekerja serta rakyatnya.

Protes terbaharu yang dianjurkan merupakan perhimpunan ketiga seumpamanya di seluruh negara yang dianjurkan sejak awal tahun ini.

Menurut polis, demonstrasi minggu lalu disertai 1.3 juta orang di seluruh negara manakala kesatuan sekerja mendakwa lebih 2.5 juta orang mengambil bahagian dalam protes terbesar di Perancis sejak tahun 2010 itu.

Perkhidmatan kereta api dan bas Paris bakal mengalami gangguan teruk dengan kira-kira satu daripada lima penerbangan di lapangan terbang Orly di selatan ibu negara dijangka dibatalkan.

“Kami mengharapkan ada perhimpunan supaya wakil rakyat negara mengambil kira pendapat rakyat,” kata Ketua Kesatuan Konfederasi Am Buruh, Philippe Martinez.

Lebih banyak perarakan dirancang Sabtu ini, walaupun kesatuan untuk pengendali kereta api berkata mereka tidak akan mengadakan mogok pada hujung minggu ini yang merupakan tarikh percutian di beberapa wilayah.

Cadangan Macron termasuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun masih lebih rendah daripada kebanyakan negara Eropah dan meningkatkan bilangan tahun individu wajib membuat caruman untuk memperoleh pencen penuh.

Parti pemerintah berharap untuk meluluskan rang undang-undang itu dengan bantuan sekutu dalam politik, tanpa perlu menggunakan kuasa eksekutif kontroversi yang mengenepikan keperluan untuk undian.

Tetapi ahli pembangkang berhaluan kiri menentang keras dan telah memfailkan beribu-ribu pindaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya