Peradi kolaborasi dengan Majlis Peguam - Utusan Malaysia

Peradi kolaborasi dengan Majlis Peguam

DPN Peradi bergambar bersama delegasi dari Majlis Peguam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perhimpunan Advokat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Dewan Pengacara Nasional Indonesia (DPN) Peradi, Otto Hasibun dalam satu kenyataan.

Lapor portal Antara, menurut Otto, kira-kira 40 delegasi Malaysia mengunjungi Indonesia untuk bertemu dengan Peradi, serta kedua pihak menyatakan hasrat berkolaborasi dan mengadakan seminar.

Jelasnya, banyak perkara akan dibincangkan bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua organisasi peguambela itu.

“Sudah tentu, ia melibatkan banyak perkara antaranya bagaimana kedua-dua organisasi ini dapat maju ke hadapan di peringkat antarabangsa.

“Kami juga akan bertukar pandangan mengenai undang-undang, masyarakat dan pelbagai isu berbangkit yang wujud di arena antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Otto berkata, pihaknya berhasrat bertukar idea berhubung beberapa isu termasuk membabitkan undang-undang di Indonesia dan Malaysia. 

Seminar antarabangsa bertemakan Cross-Border Debt Restructuring and Insolvency, Indonesia and Malaysia’s Perspective berlangsung hari ini menampilkan penceramah dari Peradi dan Majlis Peguam.   

Sementara itu, Otto berkata, beliau menyambut baik lawatan delegasi Majlis Peguam dalam mewujudkan dan meningkatkan pelbagai kerjasama selain menganjurkan aktiviti.

Katanya, Peradi akan turut menghadiri jemputan Majlis Peguam.    

Dilaporkan, Majlis Peguam mengadakan lawatan ke DPN Peradi untuk membincangkan sejumlah kerjasama dan pelbagai penganjuran aktiviti.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya