Penyiasat antarabangsa umum penemuan baharu kes MH17 - Utusan Malaysia

Penyiasat antarabangsa umum penemuan baharu kes MH17

SERPIHAN pesawat M17 yang terhempas di timur Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Penyiasat antarabangsa yang menyiasat insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 di timur Ukraine akan membentangkan penemuan baharu termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan.

November lalu, Mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas ejen perisikan Russia dan seorang pemimpin pemisah Ukraine atas jenayah pembunuhan kerana membantu mengatur sistem peluru berpandu Russia yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu hingga menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal.

Ketiga-tiga lelaki terbabit yang dibicarakan secara ‘in absentia’, masih bebas.

Penyiasat meneruskan usaha mengumpulkan bukti mengenai kemusnahan pesawat itu dan mampu mengenal pasti sama ada anak kapal yang mengendalikan sistem peluru berpandu, pegawai tinggi tentera atau ahli politik Russia yang meluluskan pemindahan keluar dan masuk dari Ukraine.

Namun, terpulang kepada pasukan pendakwaan untuk mengemukakan sebarang pertuduhan yang berasingan.

Russia bagaimanapun, menafikan tanggungjawab ke atas insiden MH17.

MH17 ditembak jatuh ketika ia terbang melintasi timur Ukraine dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 dan membunuh semua penumpang termasuk 196 warga Belanda.

Susulan kemusnahan pesawat itu, Belanda, Australia, Belgium, Ukraine dan Malaysia menubuhkan pasukan penyiasat bersama untuk mengumpulkan bukti bagi pendakwaan jenayah.

Pasukan itu telah menjadualkan sidang akhbar pada jam 1 tengah hari waktu tempatan dan keluarga mangsa akan dimaklumkan mengenai penemuan itu sejurus sebelum sidang akhbar dibuat.

Ketika pesawat itu ditembak jatuh, tentera Ukraine bertempur dengan pemisah pro-Russia di timur wilayah Donetsk, Ukraine.

Walaupun Russia sudah menguasai Crimea pada Mac 2014, mereka menafikan pembabitan tentera dalam pertempuran di Donetsk ketika itu.

Namun, sebagai sebahagian daripada sabitan terhadap tiga lelaki itu pada November lalu, Mahkamah Belanda memutuskan bahawa Russia sebenarnya mempunyai kawalan keseluruhan terhadap pasukan pemisah di Donetsk bermula dari Mei 2014.

Russia menyerang Ukraine pada Februari 2022 dalam operasi ketenteraan khas dan pada September mendakwa telah mengambil alih Donetsk. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya