Penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALFIT: Seorang penduduk Palestin maut ditembak semasa pertelingkahan dengan penduduk Yahudi di Tebing Barat, semalam.

Ia merupakan insiden terbaharu dalam kes kematian membabitkan konflik Israel-Palestin yang semakin meningkat serta mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Mithkal Suleiman Rayyan, 27, maut akibat ditembak di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran kampung Qarawan Bani Hassan di selatan bandar Nablus.

Tentera Israel pula mendakwa, pihaknya dimaklumkan mengenai kes kematian penduduk itu susulan berlaku pergaduhan antara puluhan penduduk Palestin dan Israel di kampung berkenaan.

“Anggota tentera dikerahkan ke lokasi kejadian dan mereka bertindak balas dengan menggunakan langkah kawalan rusuhan.

“Pasukan tersebut juga melepaskan tembakan ke ruang udara bagi menghentikan pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, jurucakap majlis wilayah penempatan Yahudi di utara Tebing Barat mendakwa sekumpulan individu dari komuniti Havat Yair diserang oleh beberapa penduduk Palestin sebelum tembakan dilepaskan ke udara.

Pertelingkahan demikian sering berlaku di Tebing Barat yang mana kira-kira 475,000 penduduk Yahudi tidak termasuk yang berada di timur Baitulmuqqadis, tinggal dalam kalangan 2.8 juta rakyat Palestin.

Bulan lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken melawat Israel dan Tebing Barat serta mengadakan rundingan dengan Israel dan Palestin bagi menghentikan pertumpahan darah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya