Penduduk mengadu kos tinggi pindah tiang elektrik dari laman rumah - Utusan Malaysia

Penduduk mengadu kos tinggi pindah tiang elektrik dari laman rumah

KEADAAN tiang elektrik yang condong di laman rumah Agung Widodo di Desa Cukilan di wilayah Semarang-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penduduk di wilayah Semarang mengadu tidak berpuas hati dengan peraturan Syarikat Elektrik Nasional Indonesia (PLN) kerana mengenakan bayaran tinggi untuk mengalihkan tiang elektrik yang berada di pekarangan rumahnya.

Lapor Kompas.com, penduduk berkenaan, Agung Widodo, 37, telah menulis surat mengadu tentang tiang elektrik yang berbahaya dan terlalu hampir dengan rumahnya di Desa Cukilan di wilayah Suruh.

“Saya hantar surat kepada PLN Salatiga. Sebab tiang itu dalam keadaan condong dan berada di halaman rumah saya.

“Disebabkan ia senget dan terdapat pula banyak pokok jati di sekeliling rumah, saya bimbang tiang itu membahayakan keselamatan. Tambahan pula tanah di bahagian dasar tiang juga sudah mula terhakis, saya takut jika ia roboh akan berlaku renjatan elektrik,” katanya. 

Tetapi Agung mengakui terkejut selepas PLN memaklumkan dia perlu menanggung kos pemindahan tiang tersebut berjumlah hampir 4.3 juta rupiah (RM1,219).

“Surat saya meminta tiang itu dialihkan kerana keadaannya membimbangkan. Tetapi selepas mendapat balasan, saya pula dikenakan caj. Tiang  ini kan milik PLN, mengapa saya pula yang disuruh bayar,” kata Agung.

Dalam pada itu, Pengurus PLN Unit Pelaksana Khidmat Pelanggan Salatiga, Arif Rohmatin berkata, permintaan yang dikemukakan pelanggan telah dijawab berdasarkan mekanisme yang ditetapkan.

“Kami telah menjalankan tinjauan ke lokasi dan bertemu dengan pelanggan ini. Aduan pertama adalah mengenai tiang elektrik senget dan kemudian mengalihkannya keluar dari halaman rumah.

“Jika mengenai tiang yang senget, ia boleh dikendalikan serta-merta kerana ia sebahagian daripada penyelenggaraan. 

“Tetapi untuk pemindahan, kerana pelanggan meminta ia dilaksanakan segera, bayaran akan dikenakan. Bayaran itu kerana pemindahan dilakukan oleh pihak ketiga atau rakan kongsi daripada PLN,” kata Arif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya