PBB perlu AS$5.6 bilion untuk bantuan kemanusiaan Ukraine

PBB perlu AS$5.6 bilion untuk bantuan kemanusiaan Ukraine

GAMBAR fail yang diambil pada 15 Jun 2022 menunjukkan askar Ukraine melepaskan tembakan dengan meriam Caesar 155 mm/52 kaliber kaliber Perancis ke arah kedudukan Russia di wilayah timur Ukraine Donbas.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan AS$5.6 bilion (RM24.6 bilion) untuk menyediakan bantuan kemanusiaan ke Ukraine dan kepada berjuta-juta pelarian dari negara yang dilanda perang itu.

Lapor AFP, Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffiths berkata, setelah hampir setahun berlalu, perang di Ukraine terus menyebabkan kematian, kemusnahan dan perpindahan penduduk setiap hari dan pada skala yang mengejutkan.

Sehubungan itu, beliau berkata, dana itu akan membantu lebih 15 juta orang.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine dikatakan akan memasuki tahun pertama pada 24 Februari ini.

Dilaporkan lebih 300,000 maut menerusi konflik berkenaan membabitkan kira-kira 180,000 tentera Russia dan 100,000 lagi tentera Ukraine.

Turut terkorban adalah lebih 30,000 penduduk awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN