Netflix turun harga langganan di lebih 30 negara

Netflix turun harga langganan di lebih 30 negara

NETFLIX menurunkan harga langganan dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan di pasaran. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat perkhidmatan penstriman, Netflix menurunkan harga langganannya di lebih 30 buah negara dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan di pasaran.

Lapor Daily Mail, beberapa negara Eropah seperti Croatia, Slovenia dan Bulgaria mendapat manfaat daripada penurunan harga membabitkan pelbagai pelan langganan Netflix.

Netflix turut menurunkan harga langganan di negara Asia Barat termasuk Yaman, Jordan dan Iran selain negara Afrika seperti Kenya.

Difahamkan, langkah penurunan harga itu merupakan antara usaha Netflix menarik lebih ramai pelanggan di pasaran yang ketika ini mempunyai bilangan kurang memberangsangkan.      

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan penstriman itu juga berusaha mencari pelbagai cara lain untuk meningkatkan pendapatan termasuk mengenakan larangan terhadap perkongsian kata laluan.

Namun, perkhidmatan saingan lain seperti Disney+, HBO Max dan Paramount+ juga semakin berkembang ke luar negara sehingga memaksa Netflix membuat beberapa tawaran menarik. 

Secara keseluruhannya, lebih 36 negara menikmati potongan harga ditawarkan oleh Netflix termasuk di negara Amerika Latin seperti Nicaragua, Ecuador dan Venezuela serta negara Asia di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Sementara itu, jurucakap Netflix memaklumkan syarikatnya sentiasa meneroka cara baharu untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pelanggan mereka.

“Syarikat mengesahkan pihak kami sedang menyemak semula harga langganan di beberapa negara tertentu,” katanya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.