Lion Air batal penerbangan, penumpang buka pintu kecemasan

Lion Air batal penerbangan, penumpang buka pintu kecemasan

PESAWAT Lion Air membatalkan penerbangan selepas pintu kecemasan dibuka dan penumpang berlari keluar.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penerbangan Lion Air JT 697 terpaksa dibatalkan selepas pintu kecemasan dibuka penumpang ketika pesawat sedang bersedia untuk berlepas dari landasan Lapangan Terbang El Tari Kupang di Nusa Tenggara Timur semalam.

Maklumat itu disahkan Pegawai Perhubungan Awam Lapangan Terbang El Tari Kupang, Devi Budihandayani, ketika dihubungi Kompas.com

“Benar, kejadian berlaku awal pagi dan penerbangan itu dibatalkan kerana pintu kecemasan pesawat dibuka oleh penumpang ketika mereka akan berlepas dari Kupang menuju ke Surabaya.

“Semua penumpang berlari turun dari dan mereka sudah dibawa ke terminal lapangan terbang,” katanya.

Menurut Devi, siasatan mendapati insiden tersebut berpunca daripada telefon pintar milik salah seorang penumpang yang mengeluarkan asap semasa dalam pesawat hingga mencetuskan panik.

Mereka yang duduk berhampiran kemudian terus bertindak membuka pintu kecemasan dan bergegas keluar dari pesawat.

“Salah seorang penumpang tiba-tiba menyedari telefon pintarnya yang disimpan di dalam poketnya terasa panas dan mengeluarkan asap. Kerana panik, penumpang itu terus melemparkan telefonnya ke lantai  kabin.

“Tindakan itu menyebabkan penggera pengesanan asap berbunyi sehingga penumpang yang berada dekat dengan pintu kecemasan terkejut dan terus membukanya. Penumpang-penumpang lain yang cemas kemudian berpusu-pusu turun dari pesawat dan berlari ke arah terminal lapangan terbang,” kata Devi.

Menurut Devi, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera dalam insiden itu dan pihaknya sudah menjadualkan semula penerbangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya