Lima rakyat Palestin terbunuh serangan rejim zionis di Jericho - Utusan Malaysia

Lima rakyat Palestin terbunuh serangan rejim zionis di Jericho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel membunuh lima lelaki Palestin dalam satu serbuan di Tebing Barat, kata pegawai Israel.

Tentera Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan pejuangnya adalah antara yang maut dalam pertempuran bersenjata dengan rejim zionis.

Tentera Israel berkata, beberapa lelaki Palestin terbunuh dalam pertempuran bersenjata semasa serbuan di kem pelarian Aqabat Jabr di pintu masuk ke bandar itu yang terletak berhampiran dengan sempadan Jordan.

Dalam satu kenyataan awal, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan tiga rakyatnya ditembak oleh tentera Israel semasa serangan di bandar Jericho dan salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Israel berkata, serbuan itu menyasarkan tentera Hamas yang dikatakan melakukan serangan tembakan di sebuah restoran di bandar berkenaan pada 28 Januari lalu.

Gabenor Jericho, Jihad Abu al-Assal berkata, keadaan itu merupakan pengepungan yang menyebabkan kesan buruk kepada perniagaan tempatan, pertanian dan industri pelancongan di bandar Jericho.

Tentera Israel turut bertindak menahan sebilangan suspek dalam satu lagi serbuan di Jericho sementara tujuh orang lagi telah ditahan di Aqabat Jabr.

Jihad menggelar serbuan terbaharu itu sebagai jenayah kejam, di samping jenayah yang dilakukan oleh rejim zionis setiap hari terhadap rakyat Palestin.

“Kami menyeru dunia untuk menghentikan pendudukan ini, dan melindungi rakyat kami daripada penjajah,” katanya.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menyifatkan pencerobohan di Jericho sebagai pembunuhan beramai-ramai yang keji.

“Para pejuang di kem Aqabat Jabr berjuang sehingga mereka syahid mempertahankan tanah dan tempat suci mereka. Pembunuhan berturut-turut oleh musuh di Tebing Barat akan menjadi malapetaka bagi mereka,” katanya dalam satu kenyataan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya