Lima maut kota Damsyik dibedil Israel

Lima maut kota Damsyik dibedil Israel

GAMBAR oleh Agensi Berita Arab Syria (SANA) menunjukkan sebuah bangunan yang rosak berikutan serangan peluru berpandu Israel di mana 15 orang terbunuh di Damsyik. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Lima orang maut selepas peluru berpandu Israel didakwa dilepaskan ke ibu kota Damsyik dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Pegawai Tentera Syria berkata, sebuah bangunan di kawasan kejiranan tengah Kafr Sousa musnah yang membunuh empat orang awam dan seorang askar.

Daerah yang padat penduduknya itu turut mempunyai kompleks keselamatan yang besar dan dikawal ketat.

Tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai serangan itu ketika ditemui oleh agensi berita Reuters.

Israel kerap menyerang sasaran mereka di Syria yang dikaitkan dengan militan Iran dan Hizbullah, tetapi jarang mengakui tindakannya.

Serangan semalam adalah yang pertama sejak gempa bumi dahsyat berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda barat laut negara itu, serta beberapa bahagian negara jiran, Turkiye, 12 hari lalu.

Kawasan Kafr Sousa adalah rumah kepada pegawai kanan dan agensi keselamatan tetapi turut terdapat juga kediaman orang awam.

Serangan itu pada pukul pada 12.22 tengah malam (waktu tempatan) menyebabkan kerosakan pada beberapa rumah di kawasan kejiranan Damsyik dan kawasan berdekatan lain.

Kementerian Pertahanan Syria berkata, roket itu dilancarkan dari Bukit Golan, dataran tinggi berbatu di barat daya Damsyik yang diilhakan oleh Israel pada 1981.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.