Lelaki rakam video TikTok di rumah mangsa dibunuh

Lelaki rakam video TikTok di rumah mangsa dibunuh

VIDEO aksi lelaki menari yang dirakam di kediaman mangsa yang dibunuh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang membunuh wanita warga emas berusia 71 tahun, sempat merakam beberapa video TikTok sedang menari bersama seorang model di kediaman mangsa di England.

Lapor Mirror, Mohammed El-Abboud merakam video dirinya menari bersama teman wanita rakan subahatnya, Maria Amariucai di rumah Louise Kam yang terletak di Barnet Utara London.

Mohammed yang bekerja sebagai penghantar barang, memuat naik video aksi menari berdua itu di hartanah mangsa, seolah-olah mereka adalah pemilik kediaman tersebut.

Mohammed bersama rakan subahatnya, Kusai Al-Jundi berkomplot untuk mencuri dan menipu Kam menandatangani dokumen surat kuasa bagi membolehkan mereka memperolehi hartanah mangsa bernilai jutaan Pound.

Selepas penipuan demi penipuan dalam cubaan untuk memperdaya Kam, mereka akhirnya membunuh mangsa dengan kejam pada Julai 2021.    

“Pada mulanya, Kusai cuba memikat Kam dengan mendakwa dia jatuh cinta dengan mangsa. 

“Tetapi apabila helah itu tidak menjadi, dia bersama Mohammed mencekik mangsa dengan wayar pengering rambut di kediaman mangsa.

“Komplot mereka terdedah apabila Mohammed menceritakan kisah sebenar kepada Amariucai,” jelas laporan itu. 

Kini, Mohammed dan Kusai masing-masing dikenakan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh Kam yang mereka cuba jerat mangsa dalam penipuan cinta bernilai 4.6 juta Pound (RM24.17 juta).

Dilaporkan, Amariucai pula berpaling tadah dan menjadi saksi utama kes berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.