Lebih dua juta kanak-kanak gempa bumi Syria yatim piatu

Lebih dua juta kanak-kanak gempa bumi Syria yatim piatu

KANAK-kanak Syria berkumpul di sekeliling kenderaan tempat keluarga mereka tinggal di bandar Jindayris.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JINDAYRIS: Pakar perubatan di barat laut Syria bimbang mengenai status kanak-kanak di negara itu yang kini yatim piatu dan tiada penjaga selepas gempa bumi kuat melanda 6 Februari lalu.

Lapor OCHA, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada dua juta kanak-kanak tinggal di wilayah yang dilanda bencana itu, kebanyakan mereka biasa membesar dengan hanya mengetahui mengenai perpindahan dan peperangan.

Laporan badan antarabangsa itu berkata, lebih memburukkan keadaan apabila kanak-kanak berkenaan berdepan dengan bencana gempa bumi.

“Korban mental amat membimbangkan kerana ramai kanak-kanak, wanita dan orang tua dilaporkan mengalami kejutan, trauma dan panik yang teruk,” tambah PBB.

Bercakap kepada OCHA, pakar neurologi, al-Yamani mengimbas kembali ketika dia merawat seorang bayi berusia tiga bulan yang retak tengkorak.

“Sehingga kini, kami masih tidak tahu apa-apa mengenai keluarganya. Tidak ada sesiapa pun yang memintanya juga,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN