Kumpulan penyelidik Australia ditahan, jadi tebusan di Papua New

Kumpulan penyelidik Australia ditahan, jadi tebusan di Papua New Guinea

KUMPULAN penyelidik itu dijadikan tebusan di tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Beberapa penyelidik termasuk ahli akademik tempatan dan seorang profesor Australia dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata api di Papua New Guinea (PNG).

Lapor BBC, kumpulan penyelidik itu dalam lawatan sambil belajar di tanah tinggi terpencil di negara itu apabila ditangkap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Tebusan wang turut dituntut oleh kumpulan bersenjata api berkenaan untuk pembebasan mereka yang ditahan, kata pihak berkuasa.

Perdana Menteri PNG, James Marape berkata, pihak berkuasa kini berusaha berhubung dengan penculik dan berharap tebusan dibebaskan dalam keadaan hidup dan selamat.

Berdasarkan laporan, kata Marape, kumpulan bersenjata lain yang lebih besar pada mulanya sudah ditangkap, namun, sebilangan mereka dibebaskan.

Setakat ini, katanya, agak kurang jelas berapa ramai kumpulan penyelidik yang masih ditahan, tetapi saluran berita Australia meletakkan jumlah itu pada empat atau lima orang.

Mereka termasuk ahli arkeologi dari universiti Australia, ahli akademik serta pelajar dari PNG.

Beliau berkata, terdapat perbincangan di antara pegawai dan penculik sementara polis dan tentera bersiap sedia untuk membantu.

“Pada peringkat pertama, kami mahu penjenayah itu membebaskan mereka yang ditahan dalam kurungan.

“Tiada tempat untuk lari, tidak ada tempat untuk bersembunyi,” katanya.

Marape tidak menyatakan bila kumpulan penyelidik itu ditangkap dan berkata, keadaan itu disembunyikan kerana sensitiviti.

Tetapi, dia berusaha untuk meyakinkan keluarga tebusan bahawa dia optimis dan berdoa agar semua tahanan dapat keluar dengan selamat.

Setakat ini, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia masih belum mengulas lanjut.

Awal bulan ini seorang juruterbang New Zealand dijadikan tebusan oleh pejuang pemisah di wilayah Papua berdekatan Indonesia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya