Lelaki bujang lebih berisiko mati akibat kegagalan jantung

Kajian dakwa lelaki bujang lebih berisiko mati akibat kegagalan jantung     

DUA penduduk berjalan di Grove Street di Jersey City, New Jersey di Amerika Syarikat (AS). - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan perkahwinan yang bahagia menjadi kunci kepada kehidupan lebih panjang dan sihat.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa lelaki bujang seumur hidup lebih dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat kegagalan jantung dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis, berbanding golongan sudah berkahwin.

Menurut pasukan penyelidik, ia mungkin disebabkan golongan berkenaan tidak mempunyai orang lain untuk memantau kesihatan mereka. 

Jelas para penyelidik, kesan yang sama juga dapat dilihat pada golongan lelaki berstatus duda, bercerai atau berpisah.

Penemuan itu berdasarkan analisis dijalankan terhadap lebih 6,800 orang dewasa di AS.

Malah, penemuan itu turut menambah kepada bukti-bukti lain yang mendakwa perkahwinan adalah baik untuk kesihatan termasuk mengurangkan risiko penyakit demensia dan diabetes tahap dua.

Ahli akademik dari Universiti Colorado mengambil data daripada kajian sedia ada yang membabitkan individu berumur 45 tahun dan ke atas.

Kajian itu kemudian dibandingkan dengan rekod kesihatan 94 sukarelawan yang didiagnosis dengan kegagalan jantung.

“Cara ini membolehkan pakar melihat berapa lama pesakit dari dua kumpulan berbeza itu mampu bertahan secara purata, sepanjang tempoh lima tahun,” jelas laporan itu.

Keputusan menunjukkan lelaki bujang seumur hidup adalah kira-kira 2.2 kali lebih berkemungkinan meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis, berbeza dengan golongan sudah berkahwin.

Bagaimanapun, bagi golongan wanita pula, tiada kaitan antara status perkahwinan dan risiko kematian akibat kegagalan jantung ditemukan.

Hasil kajian itu akan dibentangkan pada Sesi Saintifik Tahunan Kolej Kardiologi AS serta Kongres Kardiologi Sedunia yang bakal berlangsung pada bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN