Jakarta bandar paling sesak di ASEAN - Utusan Malaysia

Jakarta bandar paling sesak di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jakarta menduduki tempat pertama bandar paling sesak di ASEAN menerusi senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh  TomTom Traffic Index minggu lalu.

Jakarta turut menduduki tempat ke-29 daripada 389 bandar raya paling sesak di dunia yang terletak di 56 negara di 6 benua.

Penentuan bandar paling sesak dan ramai penduduk adalah berdasarkan pengiraan masa perjalanan, kos bahan api, pelepasan karbon dan kemudahan pengangkutan antara bandar.

Data indeks trafik berkenaan dikumpul daripada sampel perwakilan yang meliputi 543 bilion kilometer dan menurut TomTom, data itu digunakan untuk menilai serta memaparkan perkembangan trafik di bandar di seluruh dunia sepanjang tahun lalu.

“Meninjau 389 bandar-bandar ini, indeks trafik kami menyenaraikan bandar di seluruh dunia berdasarkan purata masa perjalanan dan menyediakan akses percuma maklumat bandar ke bandar.

“Pelbagai jenis kenderaan digunakan dalam pengukuran, seperti kenderaan petrol, diesel dan elektrik. Di Jakarta sepanjang tahun 2022, ia akan mengambil masa 22 minit dan 40 saat untuk menempuh jarak 10 kilomet iaitu 2 minit dan 50 saat lebih lama berbanding tahun sebelumnya,” jelas TomTom di laman web rasminya Khamis lalu

Menurut rekod TomTom,waktu paling teruk untuk memandu di Jakarta ialah pada  9 Disember 2022 kerana pemanduan direkodkan selama 29 minit dan 30 saat hanya untuk menempuh jarak sekitar 10 kilometer.

“Sepanjang tahun, pemandu menghabiskan 106 jam atau bersamaan dengan 4 hari dan 10 jam semasa waktu sibuk. Angka ini masih meningkat kerana pada tahun 2021, tambahan masa yang dihabiskan di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas hanya 1 hari 3 jam 57 minit,” jelas kenyataan itu.

Di bawah Jakarta, Bangkok berada di tempat ke-57 diikuti Singapura di tempat ke-127 dan Kuala Lumpur di tempat ke-143 dalam senarai bandar paling sesak di dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.