Israel, Palestin setuju laksana langkah bendung keganasan

Israel, Palestin setuju laksana pelbagai langkah bendung keganasan

PASUKAN keselamatan Israel melepaskan gas pemedih mata semasa pertempuran dengan penduduk Palestin yang protes menentang penempatan Yahudi, di jalan utama, kampung Beita, Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Pegawai dari Israel dan Palestin berjanji untuk melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha menangani keganasan yang semakin meningkat.

Lapor Al Jazeera, keputusan itu dibuat dalam satu rundingan antara kedua-dua pihak di Jordan, semalam.

Jordan menjadi tuan rumah pertemuan antara pegawai keselamatan dan politik tertinggi Israel dan Palestin yang turut disertai Amerika Syarikat (AS).  

Dalam satu kenyataan bersama, pegawai Israel dan Palestin memaklumkan mereka akan bekerjasama untuk mengelakkan `keganasan berterusan’.

Malah, kedua-dua pihak turut menegaskan semula keperluan untuk mengurangkan ketegangan di kawasan lapangan.

Jelas kenyataan itu, Israel akan menghentikan perbincangan mengenai penubuhan mana-mana unit penempatan baharu selama empat bulan.

Pihak Israel juga komited untuk berhenti meluluskan sebarang penempatan baharu selama enam bulan.   

“Selepas mengadakan perbincangan yang teliti dan berterus terang, pihak Palestin dan Israel menegaskan semula keperluan untuk mengurangkan ketegangan di lapangan bagi mengelak keganasan berterusan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan pada akhir rundingan yang turut dihadiri oleh pegawai dari Mesir dan Jordan, di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan peningkatan keganasan menjelang bulan Ramadan pada bulan depan. 

Selain itu, kenyataan tersebut menyatakan, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin menegaskan `kesediaan dan komitmen untuk bekerja secara bersama bagi menghentikan langkah unilateral selama tiga hingga enam bulan’.   

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan rundingan lagi pada bulan depan di Sharm el-Sheikh di Mesir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya