Industri insurans Indonesia membimbangkan - Utusan Malaysia

Industri insurans Indonesia membimbangkan

MAHENDRA SIREGAR  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Industri insurans di Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan membimbangkan berikutan kebanyakan syarikat insurans hayat berdepan masalah, disebalik ekonomi global dan tempatan yang tidak menentu.

Lapor portal Detik, Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya Penguasa Perkhidmatan Kewangan (OJK), Mahendra Siregar berkata, masalah dihadapi oleh beberapa syarikat insurans hayat seperti WanaArtha dan firma sekutunya ketika ini memberi tekanan terhadap industri berkenaan.

Katanya, ia terbukti apabila prestasi premium insurans hayat mencatatkan penurunan sebanyak 7.8 peratus pada tahun 2022.

Justeru, Mahendra menegaskan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah dalam industri insurans harus dilakukan dalam masa terdekat.          

Mahendra berkata demikian pada pelancaran Mesyuarat Tahunan Industri Perkhidmatan Kewangan 2023 yang disiarkan secara maya.   

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pernah membangkitkan kemelut dihadapi dalam industri insurans. 

Malah, Jokowi sendiri meminta OJK sebagai pengawal selia utama institusi kewangan Indonesia menyelesaikan masalah pada industri insurans dan institusi kewangan bukan bank yang lain.

Jokowi turut memberikan contoh beberapa insiden yang berlaku membabitkan institusi kewangan bukan bank seperti Asabri, Jiwasraya, KSP Indosurya hingga WanaArtha.

“Justeru, saya meminta pihak berkaitan lebih berhati-hati ketika meneliti sebarang hal membabitkan insurans.

“Jangan biarkan insiden yang berlaku kepada Asabri, Jiwasraya, Indosurya dan WanaArtha berulang lagi,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya