Indonesia masih berusaha bebaskan juruterbang New Zealand - Utusan Malaysia

Indonesia masih berusaha bebaskan juruterbang New Zealand

KUMPULAN bersenjata di Papua menunjukkan keadaan terkini Philip Mark Merthens yang diculik di wilayah Nduga minggu lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia terus berkomunikasi dengan kerajaan New Zealand berhubung juruterbang Susi Air, Kapten Philip Mark Merthens yang masih dijadikan tebusan kumpulan bersenjata di Papua.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD berkata, pihak kerajaan akan mengemukakan pendekatan yang lebih persuasif untuk keselamatan juruterbang berkenaan.

“Pengambilan orang awam sebagai tebusan dengan alasan apa pun tidak boleh diterima. Oleh karena itu, usaha persuasif adalah garis panduan utama untuk keselamatan tebusan,” katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan kerajaan tidak menolak usaha lain untuk membebaskan Merthens daripada kumpulan bersenjata itu. 

Selain itu, beliau menekankan bahawa Papua adalah sebahagian daripada Republik Indonesia yang sah.

“Papua akan terus menjadi sebahagian daripada Indonesia  baik menurut perlembagaan Indonesia, undang-undang antarabangsa dan itulah fakta yang sedang berjalan,” tambahnya.

Minggu lalu, sebuah pesawat Susi Air dilaporkan dibakar oleh kumpulan bersenjata di Lapangan Udara Paro di wilayah Nduga di Papua Tengah.

Kumpulan itu kemudian bertindak menculik Mehrtens dan penumpang di dalam pesawat itu namun lima penumpang berkenaan sudah dibebaskan.

Sementara itu, kumpulan Tentera Pembebasan Papua Barat mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu dan jurucakap kumpulan berkenaan, Sebby Sambom melalui kenyataan video mengumumkan juruterbang itu dalam keadaan sihat.

“Secara rasmi kami telah menerima gambar dan video daripada Komander Egianus Kogoya dan tenteranya di mana mereka melaporkan bahawa mereka secara rasmi menahan seorang juruterbang warga New Zealand sebagai jaminan politik untuk merundingkan hak kemerdekaan untuk rakyat Papua Barat.

“Kami juga meminta beberapa negara yang menyediakan latihan dan membekalkan senjata kepada tentera dan polis Indonesia untuk bertanggungjawab menyebabkan kematian rakyat Papua,” jelasnya dalam video berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN