Indonesia hantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye - Utusan Malaysia

Indonesia hantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan beberapa kementeriannya menghantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi di negara itu.

Lapor portal Antara, Jokowi memaklumkan bantuan itu disediakan oleh Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Sosial.

“Pihak kami sedang menyediakan bantuan kemanusiaan itu dan ia akan dihantar secepat mungkin.” katanya dalam sidang akhbar di Istana Merdeka, Jakarta.

Jelas beliau, sebelum ini, pegawainya dalam proses membuat keputusan mengenai jenis pesawat yang sesuai digunakan untuk membawa bantuan kecemasan tersebut.

Dua gempa bumi berskala besar berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye sehingga sempadan Syria, dengan ribuan penduduk maut dan cedera akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan di dua negara tersebut.

Dalam pada itu, Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin menekankan keperluan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Turkiye dengan secepat mungkin.

Katanya, bantuan itu sebagai membalas sokongan diberikan Turkiye sewaktu Indonesia dilanda bencana alam besar pada masa lalu.

“Turkiye adalah antara negara pertama tampil menghulurkan bantuan kepada Indonesia semasa Aceh dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.

“Jadi, kami sudah mengadakan perbincangan dengan Presiden dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto untuk menghantar misi kemanusiaan ke Turkiye.

“Misi bantuan kemanusiaan merupakan sebahagian tanggungjawab Indonesia kepada komuniti dunia memandangkan banyak negara lain akan turut menyokong satu sama lain apabila dilanda musibah demikian,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Indonesia ke Turkiye, Lalu Muhammad Iqbal memaklumkan kumpulan pertama bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Turkiye berupa sebuah kontena penuh dengan makanan.

Katanya, kontena makanan itu sebelum ini dalam perjalanan dari Ankara ke Gaziantep yang merupakan antara bandar paling terjejas akibat gempa bumi.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.