Indonesia cegah kebakaran hutan gambut guna teknologi hujan buatan - Utusan Malaysia

Indonesia cegah kebakaran hutan gambut guna teknologi hujan buatan

ANGGOTA bomba memadam kebakaran tanah gambut di Kampar di Riau.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menggunakan teknologi modifikasi cuaca untuk menghasilkan hujan buatan bagi membantu mencegah kebakaran tanah gambut ketika berdepan musim kemarau April ini.

Ketua Agensi Pemulihan Tanah Gambut dan Hutan Bakau (BRGM), Hartono berkata, agensi itu akan bekerjasama dengan Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) untuk menambah simpanan air menggunakan hujan buatan.

“Di kawasan-kawasan yang terjejas, kami akan bekerjasama dengan BNPB untuk menggunakan teknologi mengubah suai cuaca sebagai usaha menambah simpanan air melalui hujan buatan,” kata Hartono seperti dipetik Antara.

Media tempatan Indonesia sebelum ini melaporkan, teknologi mengubah suai cuaca yang dikenali sebagai teknologi hujan buatan menghasilkan hujan yang dapat membantu memadamkan api.

“Kami akan sentiasa memaklumkan kepada tujuh ketua wilayah yang terjejas dengan kebakaran tanah gambut mengenai keadaan kelembapan dan kemarau di kawasan mereka,” jelas Hartono.

Kebakaran hutan dilaporkan mungkin berlaku di wilayah Riau, Jambi, Sumatra Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Papua.

Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) meramalkan curahan hujan pada tahun ini mengalami penurunan jika dibandingkan pada 2022 mahupun tiga tahun lalu manakala bencana kebakaran hutan dijangka meningkat tahun ini yang berpotensi sama seperti kejadian pada tahun 2019.

Menurut Hartono, operasi mengubah cuaca sudah dilaksanakan setiap tahun sebagai langkah menangani bencana seperti yang dilakukan pada tahun 2021 di empat wilayah, iaitu Riau, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Jambi.

Beliau berkata, langkah itu berjaya menambah hujan sebanyak dua peratus kepada 69 peratus berbanding hujan semula jadi.

BMKG meramalkan risiko kebakaran hutan meningkat apabila Indonesia memasuki musim kemarau bermula April hingga Mei tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.