HRW kecam Britain, AS pindahkan Orang Asli Chagos

HRW kecam Britain, AS pindahkan Orang Asli Chagos

PENDUDUK Chagos bersorak gembira setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memihak kepada mereka.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) menuduh Britain dan Amerika Syarikat (AS) bersalah melakukan jenayah kemanusiaan iaitu memindah secara paksa Orang Asli dari Kepulauan Chagos ke Mauritius.

Dalam 106 laporan baharu yang diterbitkan, kumpulan hak asasi yang berpangkalan di AS itu menambah, wujud penganiayaan kaum dan menyekat kepulangan Orang Asli berkenaan ke tanah air mereka.

Mereka mendakwa, penganiayaan Britain itu disokong AS yang membentuk satu jenayah penjajah yang berterusan.

Sehubungan itu, HRW menggesa kedua-dua negara memberikan ganti rugi penuh kepada rakyat Chagos termasuk hak mereka untuk kembali menetap di tanah air mereka di Kepulauan Chagos di Lautan Hindi.

Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa pendudukan Britain ke atas pulau-pulau itu adalah haram, tetapi Britain enggan menyerahkan kawalannya kepada Mauritius.

Penasihat undang-undang kanan dan pengarang utama laporan itu, Clive Baldwin berkata, Britain melakukan jenayah penjajah yang mengerikan dengan menganggap semua orang Chagos sebagai rakyat tanpa hak.

“Britain dan AS yang bersama-sama mengusir Chagos dari rumah mereka, harus memberikan pampasan penuh untuk kemudaratan yang telah mereka lakukan,” katanya.

Britain memutuskan pada tahun 1965 untuk memisahkan kepulauan itu dari Mauritius yang ketika itu merupakan sebahagian daripada empayar British dan menubuhkan pangkalan tentera bersama dengan AS i Diego Garcia.

Ia terus mentadbir mereka tetapi Mauritius yang menjadi negara Komanwel yang merdeka pada tahun 1968, berjuang untuk mengembalikan pulau-pulau itu ke wilayahnya dan mendapat sokongan antarabangsa.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa 2019 menyokong tuntutannya dan berkata Britain harus melepaskan kawalan kepulauan terpencil itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN