Gempa bumi Turkiye: Datuk Bandar ditahan bantu siasatan   - Utusan Malaysia

Gempa bumi Turkiye: Datuk Bandar ditahan bantu siasatan  

KERJA-kerja pembersihan serpihan runtuhan bangunan di Nurdagi dan Islahiye sedang dilakukan selepas gempa bumi menggegarkan wilayah Gaziantep, Turkiye. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye menahan seorang Datuk Bandar daerah Nurdagi di wilayah Gaziantep bagi membantu siasatan terhadap bangunan runtuh di kawasan yang dilanda gempa bumi di negara itu.    

Lapor Agensi Anadolu, Datuk Bandar Okkes Kavak ditahan, sebahagian siasatan dilancarkan oleh Pejabat Pendakwa Raya Islahiye.

Menurut laporan, beliau merupakan kontraktor bagi dua bangunan yang musnah dalam gempa bumi yang berpusat wilayah Kahramanmaras, baru-baru ini.

Beliau dibawa ke mahkamah selepas melengkapkan beberapa prosedur di ibu pejabat polis dan kini ditahan reman.

Selepas kejadian gempa bumi dahsyat itu, Kementerian Keadilan mengarahkan pendakwa raya di semua 10 wilayah terjejas akibat bencana itu, menubuhkan pejabat khas menyiasat jenayah berkaitan gempa bumi.       

Berdasarkan angka terkini, lebih 44,000 orang terkorban akibat dua gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud berpusat di Kahramanmaras turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Kerajaan Turkiye melakukan penangkapan besar-besaran membabitkan kontraktor bangunan ketika parti pembangkang mengkritik pelanggaran kod pembinaan sehingga mengakibatkan kehilangan banyak nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya