Gempa bumi: Gadis ajaib antara tiga diselamatkan

Gempa bumi: ‘Gadis ajaib’ antara tiga diselamatkan

ALEYNA Olmez diselamatkan hidup-hidup dari bawah runtuhan pangsapuri di Kahramanmaras di selatan Turkiye. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Selepas 10 hari, se­kurang-kurangnya tiga lagi mang­sa gempa bumi diselamatkan di Turkiye termasuk dua kanak-kanak bawah umur yang ditarik hidup-hidup dari bawah runtuhan bangunan.

Lapor CNN, salah seorang mangsa, Aleyna Ölmez,17, turut digelar ‘gadis ajaib’ apabila berjaya ditarik hidup-hidup dari runtuhan di Turkiye kelmarin, 248 jam selepas gempa bumi melanda pada 6 Februari lalu.

Selepas Aleyna, seorang lagi mangsa, Neslihan Kilic, 30, dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Osman juga berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat berkata, terdapat lebih ramai mangsa yang tertimbus di kawasan berdekatan.

Usaha menyelamat kini dikatakan semakin beralih kepada operasi pemulihan selepas bencana dahsyat berkenaan.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 43,885 orang maut di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi kuat 7.8 dan 7.5 magnitud.

Usaha untuk mendapatkan mangsa-mangsa yang terselamat turut dihalang dengan musim sejuk di seluruh wilayah yang dilanda gempa bumi manakala pihak berkuasa dikatakan bergelut dengan cabaran logistik untuk mengangkut bantuan ke barat laut Syria.

Syria dikatakan berada di te­ngah-tengah krisis kemanusiaan yang teruk ditambah lagi dengan perselisihan politik selama bertahun-tahun.

Menurut Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdağ, sekurang-kurangnya 54 ditangkap di negara itu berkaitan kesalahan kod binaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya