Gempa bumi 7.3 magnitud landa sempadan China Tajikistan

Gempa bumi 7.3 magnitud landa sempadan China Tajikistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUSHANBE: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Ritcher melanda kawasan berhampiran sempadan wilayah Xinjiang di China dan Tajikistan.

Lapor penyiar tempatan CCTV, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.37 pagi (waktu tempatan).

Setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) pula melaporkan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan timur Tajikistan.

Jelas agensi itu, gempa itu melanda sekitar 5.37 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman kira-kira 20.5 kilometer (km).

USGC juga menjangkakan `tiada penduduk’ akan terdedah kepada kejadian tanah runtuh akibat gempa bumi itu.

Pusat gempa dilaporkan berada di Gorno-Badakhshan, sebuah wilayah timur separa autonomi yang bersempadan dengan Afghanistan dan China.

Dilaporkan, gegaran susulan 5.0 magnitud melanda kawasan itu kira-kira 20 minit selepas gempa bumi awal. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN