Empat hilang, pesawat terhempas di Filipina - Utusan Malaysia

Empat hilang, pesawat terhempas di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan hari ini selepas sebuah pesawat kecil membawa empat orang di dilaporkan terhempas di tengah Filipina semalam, lapor pegawai penerbangan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) dalam satu kenyataan berkata, pesawat Cessna 340 itu hilang awal pagi semalam sejurus selepas berlepas ke Manila dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol di selatan ibu negara.

Pesawat itu membawa dua penumpang, seorang juruterbang dan seorang anak kapal.

“Pasukan mencari dan menyelamat tempatan sudah mengenal pasti kemungkinan lokasi nahas berhampiran lapangan terbang.

“Masalahnya ialah cuaca buruk dan ia menghalang keterlihatan pencarian di darat,” kata jurucakap CAAP, Eric Apolonio kepada AFP.

Insiden itu berlaku kurang sebulan selepas sebuah lagi pesawat Cessna hilang pada 24 Januari lalu di wilayah utara Isabela dan pencarian serpihan pesawat itu masih diteruskan sehingga kini.

Dalam kejadian berasingan, dua juru terbang tentera udara Filipina turut terbunuh dalam latihan bulan lalu apabila pesawat SF260 Marchetti dipandu mereka terjunam ke kawasan padi di wilayah Bataan dekat Manila.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya