Dunia menuju peperangan lebih besar - PBB - Utusan Malaysia

Dunia menuju peperangan lebih besar – PBB

ANTONIO GUTERRES 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia ketika ini sedang menuju ke arah peperangan lebih besar.

Ia susulan risiko ketegangan konflik antara Russia dan Ukraine semakin meningkat.

Ketika berucap membentangkan keutamaan 2023 pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Guterres mengecam pencerobohan Russia di Ukraine.

Guterres menegaskan peperangan itu menimbulkan penderitaan yang tidak terperi terhadap rakyat Ukraine dengan implikasi global yang mendalam.

“Prospek keamanan terus berkurangan manakala peluang ketegangan dan pertumpahan darah semakin meningkat.

“Saya bimbang dunia menuju ke arah peperangan lebih besar dan dikhuatiri ia berlaku ketika sedar sepenuhnya mengenai risikonya,” katanya sepertimana dilaporkan Al Jazeera.

Konflik hampir setahun itu semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan Russia untuk menguasai bandar di timur Ukraine.

Sementara itu, Guterres turut merujuk beberapa ancaman lain terhadap keamanan seperti konflik Israel-Palestin, Afghanistan, Myanmar dan Haiti.

“Jika setiap negara memenuhi kewajipannya di bawah Piagam PBB, hak keamanan akan terjamin.

Guterres juga memberi amaran mengenai ancaman dicetuskan oleh perubahan iklim. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya