Dua maut, 50 terperangkap dalam lombong arang batu Mongolia - Utusan Malaysia

Dua maut, 50 terperangkap dalam lombong arang batu Mongolia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan lebih 50 terperangkap selepas lombong arang batu runtuh di Liga Alxa di wilayah autonomi Mongolia Dalam, utara China.

Lapor agensi berita Xinhua, kemalangan itu berlaku pada petang Rabu dan siasatan awal menunjukkan lebih 50 orang terperangkap di bawah lombong itu.

Pasukan penyelamat dilaporkan berjaya membawa keluar tiga orang, namun, dua daripadanya menunjukkan tanda-tanda tidak dapat diselamatkan.

Laporan media kerajaan lain menyatakan jumlah keseluruhan hilang ialah 57 dan berkata kenderaan turut tertimbus dalam runtuhan itu.

Stesen penyiar negeri, CCTV melaporkan keruntuhan berlaku di atas kawasan yang luas yang dikendalikan oleh Syarikat Perlombongan Arang Xinjing.

“Beberapa kakitangan dan kenderaan yang digunakan untuk bekerja, tertimbus,” lapor CCTV.

Mongolia ialah wilayah utama untuk melombong arang batu dan mineral lain di China, yang menurut pengkritik turut merosakkan landskap asal pergunungan, padang rumput dan padang pasir.

Keselamatan lombong di China bertambah baik dalam beberapa dekad ini, tetapi kemalangan masih kerap berlaku dalam industri di mana protokol keselamatan sering tidak dipatuhi.

Kira-kira 40 orang bekerja di bawah tanah apabila lombong emas di wilayah barat laut Xinjiang runtuh pada Disember lalu.

Namun, lebih separuh daripada mereka berjaya diselamatkan.

Pada 2021, 20 pelombong diselamatkan dari lombong arang batu yang ditenggelami air di wilayah Shanxi utara manakala dua lagi maut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya