Bot karam di Greece: Tiga maut, lebih 20 dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Bot karam di Greece: Tiga maut, lebih 20 dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Tiga orang maut manakala lebih 20 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah lagi bot yang membawa pendatang, karam di luar pantai Greece dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Menurut jurucakap pengawal pantai, dua wanita dan seorang lelaki yang lemas dipercayai merupakan sebahagian kumpulan 41 pendatang asing menaiki perahu yang karam selepas terlanggar terumbu berhampiran pulau Lesbos.

Jelas beliau, setakat ini, seramai 16 orang berjaya diselamatkan di tengah-tengah operasi pencarian dilaksanakan di darat, laut dan udara yang dihalang oleh cuaca buruk.

Ahad lalu, empat kanak-kanak dan seorang wanita maut apabila sebuah bot yang membawa kumpulan pendatang dari Turkiye, karam di pulau Leros di Greece.

Pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan 41 orang termasuk enam kanak-kanak dan dua orang dewasa.

Jumlah pendatang yang memerlukan penyelamatan meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika lebih ramai golongan itu cuba sampai ke Greece dari pantai Turkiye dengan bot yang sesak walaupun berdepan cuaca buruk.

Pada Disember tahun lalu, seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Lesbos. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya