Berang telefon dirampas, anak mengamuk ugut bapa dengan pisau - Utusan Malaysia

Berang telefon dirampas, anak mengamuk ugut bapa dengan pisau

KANAK-KANAK lelaki mengamuk dan mengugut bapanya dengan pisau pemotong daging. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Gara-gara berang selepas dilarang bermain permainan video pada telefon bimbit, seorang kanak-kanak mengamuk dan mengugut bapanya dengan pisau pemotong daging.

Lapor South China Morning Post, insiden itu dirakam oleh seorang individu tidak dikenali di wilayah Guangxi, selatan China.

Malah, klip video berdurasi 13 saat itu menjadi tular dalam media sosial di China dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya terkejut dengan aksi ganas kanak-kanak itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas lelaki tidak membenarkan anaknya bermain permainan video sebelum bertindak merampas telefon bimbit tersebut.

“Kanak-kanak itu mula menjadi marah lalu bertindak luar kawalan dan mengacukan pisau ke arah bapanya,” jelas laporan itu.

Dalam rakaman video itu, kedengaran kanak-kanak terbabit menjerit dan meminta bapanya menyerahkan semula telefon bimbit tersebut.

“Kanak-kanak itu terus mengacukan pisau berkenaan sebelum lelaki tersebut berjaya mengawal dan merampas pisau itu daripada anaknya,” jelas laporan itu.

Rakaman video itu tular di laman Weibo dan memperoleh lebih tujuh juta tontonan.        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN