Bali jadi tempat perlindungan sementara rakyat Russia dan Ukraine - Utusan Malaysia

Bali jadi tempat perlindungan sementara rakyat Russia dan Ukraine

PELANCONG berkumpul menikmati keindahan pantai Kuta di Bali.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Ketika Russia dan Ukraine bertempur di medan perang, beribu-ribu rakyat mereka tinggal bersama malah aman berjiran di pulau peranginan Bali di Indonesia.

Lapor Channel News Asia, ramai rakyat dari dua negara itu menjadikan Bali sebagai tempat tinggal kedua selepas meninggalkan negara mereka berikutan pencerobohan di Ukraine yang menghampiri usia setahun Jumaat ini.

Ketika konflik seakan tiada penghujungnya, destinasi pelancongan utama Indonesia kini menjadi tempat perlindungan sementara bagi rakyat dan perniagaan yang mencari jalan keluar.

Menurut data kerajaan, lebih 7,000 warga Ukraine tiba di Bali tahun lalu tetapi bulan lalu sahaja, terdapat lebih 2,500 ketibaan.

Tahun lalu juga menyaksikan lebih 58,000 warga Russia tiba di pulau itu dan pada Januari tahun ini, terdapat lebih 22,500 ketibaan, menjadikan Russia negara dengan ketibaan asing kedua terbesar pada bulan itu.

Ketua Agensi Pelancongan Bali, Tjokorda Bagus Pemayun berkata, tahun lalu, angka pelancong dua negara bergolak itu mencapai kemuncaknya dan trend berkenaan semakin meningkat sejak Bali mula membuka pintunya tanpa kuarantin pada 7 Mac 2022.

Ketua komuniti Ukraine di Bali, yang dikenali sebagai Dmytro, turut memilih untuk tinggal di Bali selepas pencerobohan berlaku ketika dia sedang bercuti di pulau itu.

Malah Dmytro kini sedang membina komuniti di Bali untuk rakyat Ukraine yang lain.

“Saya hanya memberi tumpuan kepada perkara ini sejak lapan bulan lalu. Matlamat kami masih sama, untuk membantu rakyat Ukraine, membina hubungan yang kukuh dengan penduduk tempatan, kerajaan tempatan, polis dan pelbagai badan lain.

Selepas perang bermula, sebuah agensi pelancongan Ukraine turut memutuskan untuk memindahkan pangkalannya ke Bali dan juga mengupah beberapa orang Ukraine untuk bekerja di sana.

 Sementara itu, beberapa warga Russia yang tinggal di Bali turut menawarkan sokongan kepada warganegara mereka yang ingin berpindah ke Indonesia.

Data daripada Lembaga Penyelaras Pelaburan Indonesia menunjukkan perniagaan Russia menyumbang lebih daripada 6.5 peratus daripada pelaburan asing di Bali tahun lalu, meningkat berbanding 5 peratus pada tahun 2021, dengan hartanah menjadi tumpuan utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.