AS bekal roket jarak jauh kepada Ukraine - Utusan Malaysia

AS bekal roket jarak jauh kepada Ukraine

TENTERA Ukraine menembak pelancar roket BM-21 `Grad' ke arah posisi Russia perbatasan Bakhmut, wilayah Donetsk. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon secara rasmi mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan membekalkan roket baharu yang mampu meningkatkan jangkauan serangan balas Ukraine dalam peperangannya dengan Russia.

Jurucakap Pentagon, Jeneral Patrick Ryder berkata, roket baharu itu akan termasuk dalam pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$2.17 bilion (RM9.24 bilion).

Senjata dikenali sebagai Ground Launched Small Diameter Bomb (GLSDB), membolehkan tentera Ukraine mencapai sasaran dua kali ganda jarak yang boleh dicapai, berbanding pelancar roket HIMARS yang dibekalkan oleh AS sebelum ini.

Dengan keupayaan jarak 151 kilometer (km), GLSDB mampu menyasar semua talian bekalan Russia di timur Ukraine dalam jangkauan, serta sebahagian daripada Crimea yang ditakluki Moscow pada 2014.    

Menurut Ryder, sebagai sebahagian pakej Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (USAI), AS akan membekalkan GLSDB kepada Ukraine.

Komitmen pakej bantuan itu membuka lebih banyak ruang terhadap penghantaran GLSDB.

Perolehan GLSDB menandakan pencapaian Ukraine dalam peningkatan teknologi roket sejak AS membekalkan HIMARS pada akhir Jun tahun lalu.

HIMARS yang mempunyai keupayaan jarak sehingga 77 km, memainkan peranan penting dalam serangan balas Ukraine terhadap tentera Russia, yang mula melancarkan operasi ketenteraan khas di negara itu pada 24 Februari tahun lalu.

Dalam reaksi balas, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu semua pihak untuk tidak melupakan amaran diberikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin di Volgograd.

Sebelum ini, Putin ketika berucap menegaskan beliau mempunyai cara tersendiri untuk bertindak balas dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja dengan penggunaan kenderaan berperisai. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.